Tuesday, 26 April 2011

Kisah makcik cerewet .

Hari ni aku belajar sesuatu dari seseorang , belajar di mana siapa ku sebagai seorang anak .
seperti selalu aku , aku akan jumpa pelbagai custOmer , dan makcik ni memang regular customer aku kt seksyen 6 . aku ta pasti apa kerjaya makcik ini , tapi dari lenggok nya bukan kerja yang mudah . riak muka lessu nya aq leh baca kepenatan beliau . Secara personal nya , aku mengenali anaknya, junior aku di sekelah dulu  , dan skang budak spm . Di sekolah anaknya amat ramah bersama semua org , termasuk aku .
tetapi sejak aku menamatkan sesi sekolah tidak lagi . dan dia tidak lagi menegur aku selepas terserempak dgn aku di kedai mama . aku agak heran , tapi , pi MAMPUS la , aq ta kesah pun ...
Sebagai permulaan cerita tajuk aku , makcik amat cerewet . Lauk yang dia akan minta / tanya , KURMA AYAM , UDANG SAMBAL , AYAM MASAK MERAH . Bila lauk-lauk ni ta der dia akan membebel , sampai kan aku naik menyampah dengan dia .Dia akan cakap macam sampai akan buat aku jawab yang agak menyakitkan hati dia . Seperti biasa dia tanya lauk-lauk itu hari ni , tapi bukan rezeki dia , semua lauk-lauk tu habis . tetiba aku dengar makcik tuh cakap ,
"Ya Allah.. mati lah anak aku bising"
"sapa bising cik" , aku tanya .
"anak makcik tuh, nanti dorang marah makcik pulak , nak masak hmm .. awk paham-paham lah brg mahal . emm"
"napa dorang marah pulak cik , dah ta der lauk tuh nk buat mcm mne , makan je lah apa yang ada ."
"budak-budak awak paham lah , mak nk kene dgr ckp dowg . makcik ta makan ta pe . dorg tuh yang pnting"
"mne boleh mcm tuh , makcik jgn manja kn sangat anak-anak makcik tuh ."
makcik tuh diamm , duka ku sibuk melayan customer lain , aku tertoleh kat dia , aku nampak airmata dia jatuh . dlm hati aku terasa serba salah , di sebab kn mulut aku ke air mata seorang ibu itu jatuh , ya allah , bukan itu niat aku . aku cuma mahu ckp apa y sepatut nya . tapi makcik tuhhh . hmm . *makcik , saya minta maaf*
 lepas tuh , makcik terus pergi ke kedai runcit berdekatan (Pasaraya JH) .

*aku ta dapat nk explain sesuatu apa yang dah aku belajar dari makcik cerewet itu (yang mulanya aku ingat cerewet , rupanya dia terlalu takutkan anak-anak nya) . Perasaan sesuatu itu memang susah untuk di sampaikan .