Thursday, 26 May 2011

tanpa perlu . sudah aku tahu aku ini sengau~~ :'(

hari ini , mmg luar biasa . untuk pertama kali aku menangis di sekolah itu . kali pertama aku berasa sedih dan kecewa masuk tingkatan enam . dan rasa ini sudah aku jangka akan timbul .

bukan kerana apa . kerana aku . kerana aku yang bukan seperti puteri lain yang ada di dunia ini .
kelemahan aku , ketidak sempurnaan aku yang menjadi risiko aku meneruskan perjalanan ini , membuat aku memperkecilkan diri sebagai insan di mata mereka, yang menghilangkan confident diri , aku memamg kosong , yang juga bisa menyerongkan langkah ke hala negative , hanya kerna ketidak sempurna ini .

aku benci rasa ini ! kerna aku sungguh bersyukur akan nikmat ini .

tapi kenapa mereka menepikan aku ? salah aku apa ? aku cuba menyelitkan diri dalam kelompok kalian . aku tidak mahu dilihat sombong . aku juga mahu buat sesuatu agar aku tidak dibelakang .

tapi hari ini aku sungguh terkilan .

**************************************************************************
 di sebalik senyum aku .


hari ini hari terakhir untuk budak2 lower sixth training . esok dah hari persembahan , pada awlnya aku memang tanak join , sebab fizikal aku . aku tau aku ta layak . tapi aku cuma mahu support class aku . budak-budak semua ignore siti , aku cuma nak support . support itu saja . *bergenang mutiara ini* . masa sesi penuh , mahu ditunjukkan pada mereka (dak2 lelaki) . scara spontan ketua tingkatan itu bersorak "me'na,me'na,me'na" diikuti dgn "sengau,sengau,sengau" . terus aku tersentap . aku terus kunci rapat2 bibir . aku malu~ . aku pastikan 1 not suara pun tak aku lontarkan . tidak ! aku malu .*mengalir sudah* . tamat muzik , Intan tanya aku " asal koq ta nyanyi ?" aku hanya senyum .
sorg budak lelaki , ta ku lihat mukanya dan ta ku cam suaranya , tanyakan soalan ''nanti mic sapa pegang ? stand ?'' Siti jwb ."stand'' . then suara itu balas ''naseb baik'' , diikuti suara gelak ketawa , aku gagahkan hati untuk ukir senyum . pabila ketua tingkatan itu pandang aku , aku senyum lagi , bila bella memandang aku , aku ajak dia kuar . aku ckp aku nk trik diri . then intan dtg . pastu suzy pulak dtg .mereka dgr luka hati aku , mereka chill kan aku . tengs kalian . aku masih senyum biarpun hati ini masih sedih . yang aku pikir , mahu balik , balik dan balik . again , siti suh ulang lagi untuk gaya pulak . aku join , aku senyum , aku ketawa , tapi di hati ini ? aku sedih sangat~~


kalau lah aku ada sempurna puteri itu . sengau ini lah aku , aku tahu ta bisa meminta agar jd sesempurna mereka . tapi cukup la andai mereka mengerti rasa aku ini kerna aku juga manusia ..


untuk ketua tingkatan itu , babe , aku sedar hodohcela aku , usah begitu lagi . aku maafkan engkau walaupun engkau ta tahu sakit rasa hati ini .