Saturday, 2 July 2011

di kala ini untuk teman


sayang ,
Aku insan terpinggir Cuma,
Melayari lautan berapi,
Mengharungi onak dan duri,
Termaktub kata-kata,
Berbirai duka berhamparan permata,
Layakkah aku?
Menagih kasihmu yang padu,
Menagih cintamu yang satu,

Kini mengertilah aku wahai teman,
Hatimu sudah tiada tempat untukku lagi,
Akanku melangkah pergi jua,
Meninggalkan memori untaian kasih kita,

Maafkanlah aku teman,aku mahu kau tahu , 
dlam rasa ini
Tersimpan hati yang terluka,
Dan tersimpan dendam yang membara.