Sunday 6 January 2013

mana musuh mana kawan ?

sebenarnya, 
dua-dua sama. musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh. kawan dan musuh didefinisikan sebagai perbezaan atau persamaan pendapat , idealogi , kepentingan dan macam-macam lagi aspek yang menimbulkan perbezaan atau persamaan.

jika awak tidak bersetuju dengan pernyataan ini, maka awak  adalah musuh ku.
jadi kalau ditanya aku siapa musuh, siapa kawan? maka,


siapa yang memuji aku adalah musuh aku , siapa yang menegur aku adalah kawan aku .


inilah ayat yang aku baca perwatakan manusia melalui kaedah metafizik.
dan aku setuju !


aku mahu tambah di sini ,

Selalu orang tua berpesan hati-hati pilih kawan. kalau kita berkawan dengan orang baik, jadi baik lah kita. sama juga kalau kita berkawan dengan orang yang kurang baik, maka jadi kurang baik la kita. bila dah dewasa, aku setuju! memang betul. walau sejauh manapun kita ingin berubah, persekitaran memainkan peranan penting. terutamanya kawan.

makin kita dewasa makin kena kenal siapa kawan siapa lawan. bak kata Spring dalam lagu sejujur mana kata-kata. "pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran"

orang tua-tua banyak berpesan kepada cucu-cucunya. macam-macam yang pernah kita dengar. tapi biasanya pasti akan masuk teliga kanan, keluar telinga kiri.