Sunday, 5 May 2013

im back

assalammualaikum ,
hai semua , lama sangat tak update kan ? dah bersawang dah belog ni . dengan entry im back ini . rasanya macam dah nekad nak aktif balik belog2 ni . ramai yang pertikaikan dalam kemodenan sekarang masih ada lagi ke zaman belog ni ? rasanya dila berbelog bukan mengejar glamor dunia belog , dila cuma menggunakan ruang di sini sebagai satua ruang meluah apa yang ada . awak sendiri boleh lihat belog dila , alahai simple la sangat2 . dah malas sangat nak semak kan dengan itu ini . haha lagi pon bukan reti sgt , hehehe
dan kebetulan lappy tersayang baru balik dari kedai . cuma malang nye blackberry dila problem . rasa memang minta bb baru tuh . tak apa lah tunggu je la duit sem depan ye :)

Monday, 4 March 2013

bukan lagi

kau tarik aku bila aku melangkah,
--aku gagah teruskan perjalanan,
dipersimpangan kau muncul,
--aku membutakan diri
kau ke tepi membiarkan aku,
--aku meraba jalan yang gelap
kau perjahanamkan aku
--aku lali dengan jalan ini
kau pertemukan diri kau pada aku
--aku buntu

dan bila.
aku ingin memberi peluang kedua . tapi semua tuh cuma permainan kau lagi. kau bukan mahu aku yang sebenar benarnya. tak puaskah dengan apa yang sebelumnya? tahu kah kau betapa susah jalan aku beberapa tahun ini? betapa aku hidup di sebak sebalik topeng.  aku bina aku. adanya sahabat yang tak lekang memberi semangat. tidak ada secalit kah rasa serba salah  ?

aku nak kau tahu , 
aku bukan lagi untuk di pijak kau
aku bukan lagi hamba yang taat pada tuan nya
aku bukan lagi sebelumnya




Monday, 25 February 2013

Tak mudah...


Tak mudah menjadi sepertiku
Tak mudah mengerti perasaanku
Tak mudah memahami isi hatiku
Namun begitu mudah mencaciku

Tak mudah berinspirasi
Tak mudah berimajinasi
Tak mudah menuangkan isi hati
Namun begitu mudah berkata tak terpuji

Tak mudah tuk berkarya
Sebuah seni tak mudah tercipta
Hanya karena selera tak sama
Begitu mudahnya mencela

Hargailah sebuah karya
Walau tak sebaik mereka
Cobalah tuk memahami
Tak semua bisa sehati

Saturday, 23 February 2013

mama sakit :(

assalammualaikum,

dah lama tak updated kan? hehe.
kali ni dila semua. tetiba mood tanak guna blogskin. dan ini lah hasilnya.
dugaan lagi, bila mama sakit. tak tahu lah apa yang tak ken, penyakit yang tiada tahunya.
sedih perit tengok mama menahan perit macam tuh. seminggu dua ni, dila banyak skip class. rasanya kalau dila balik Segamat pun dila tetap tak leh nak fokus. Ada ura-ura yang cakap kalau dila tak balik pon bukan boleh tolong mama hilang sakit, tapi paling tidak dila ada depan mata mama kan? Itu lah manusia kita, hanya tahu berkata-kata. bila dah kena depan mata bru tahu sakit nye tengok orang yang kita sayang sakittt ..
and one more thing, ada yang cakap dila reka-reka cerita mama sakit. alahai derhakanya dila andainya menidakkan kesakitan mama yang ada. Ia seolah2 mendoakan mama sakit.
persetankan saja apa mereka mahu kata kan ?


Sunday, 20 January 2013

persoalan II

assalamualaikum and happy sunday :)

yeahhh! Hari ni ahad. Tak sabar nak balik. macam lama sangat tak balik kan? Last balik new year haritu. haihhh. Dekat sebulan lah juga kan? Lama tuhhhhhhhhhhhh. hehe
Ya Allah tak sabar! Nak buat suprise kat mama ayah along n adik2. 
semalam, adik2 IM kat FB, dorang tanya bila nak balik. alahai terharu sangat.
adik adik yang selalu aku marah2 tapi mereka tetap ada rasa bila aku tiada.
adik abg, kau buat angah nangis lah!

jadual semakin pack, assignment tinggal TPT. next tuesday kena submit dah. alahai serabut juga. Oh ya! BEL pon ade keje lagi ni. TERM PAPER tak settle lagi. eh serabut makk! chill dila chill !

*tarik nafas*

*gosok mata, gosok muka*

*paused*

*pasang lagu*

ok! ok! ok! ok! ok! 
aku pun tak tahu nak cakap apa. tapi aku rasa macam aku nak cakap pasal suatu benda ni.
aku tak paham kenapa mereka 'suatu yang pernah' datang kembali?
mereka yang dulu buang aku macam sampah,
mereka yang perlaku aku seperti binatang,
mereka yang buat aku bank bergerak,
mereka yang berdusta kata,
mereka yang sering bunuh aku dgn kata-kata,
apa lagi mahu mereka?

dengan gampang mereka kembali.
dengan kata manis mereka menyapa,
apa hanya kata rindu cukup untuk men'DENTOL'kan luka semalam?
apa yang ada kata maaf untuk terjalin semula hubungan?
kalau begitu, aku juga mahu kata Maaf.
"Maaf,aku tak dapat maafkan kau"
--boleyh ?

*marah*

senangnya nak ikat aku apatah lagi menyumpah kan?

"awk tak kan bahagia dgn lelaki lain"
-- siapa kau untuk menetapkan bahagia aku?

"walaupun sekarang saya dgn dia, tapi saya percaya jodoh saya tetap dgn awk"
-- siapa kau utk menentukan jodoh?

"saya tak boleh terima kalau awak ade Bf lain"
-- kenapa aku kene patuh penerimaan kau sedang kan kau bahagia disana?

"awak,saya rindu awk"
-- agak2 kata rindu dapat maafkan segala?

"awk,boleh jumpa?"
-- utk apa kalau akhirnya kesimpulan tetap sama?

*tarik nafas sedalam2 nyaaaaaa*

dan lagi aku mahu bicara, tipu kalau dalam masa yang sama tiasa insan lain yang hadir. dan mungkin aku yang belum dan takut utk sedia. dan juga ada dia antara mereka aku dapat rasa keolok-olokkan mereka.

tunjukkan aku yg sebenar-benarnya, yg terima aku seadanya, yg tidak meneliti isi poket aku, yg tidak mencermin kesucian sekumtum bunga, yg tidak tertarik seri sang bidadari.

dan lagi 

kenapa perlu memaksa bila hati sendiri belum sedia. tak bosan kah bila pengakhirannya tetap sama?
tak bolehkah kita berhenti dari penyakit sendiri ini ?

aku merayu minta berhenti .
aku mahu berhenti !